ANUGERAH HOMESTAY

Pilihan Terbaik Anda

Taman Burung Melaka Terbesar di Asia

AYER KEROH – Taman Burung Melaka yang terbesar di Asia membabitkan kos penubuhan RM16 juta menjadi produk baru tarikan di negeri itu mula beroperasi sepenuhnya 1 April 2013 ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, taman yang dibina di atas tanah seluas 1.8 hektar di Taman Botanikal Ayer Keroh itu menempatkan 400 ekor burung pelbagai spesies dan dijangka akan terus ditambah 400 ekor dari semasa ke semasa.

Antara yang ditempatkan termasuk burung kakak tua selain menempatkan ayam serama dan 300 ikan tilapia juga 12,000 pokok pelbagai spesies yang ditanam sekitar taman berkenaan.

“Taman Botanikal ini mempunyai jenis hutan tropika yang sesuai untuk menempatkan pelbagai spesies burung termasuk dari rantau Asia. Antaranya bangau kendi, burung kasih, enggang badak, nuri pekicau, kakak tua jambul kuning dan burung upeh.

“Landskap menyusuri sungai akan dilengkapi pembinaan boardwalk yang menghubungkan laluan ke tapak taman burung di sepanjang jajaran sungai dengan kelengkapan sistem pencahayaan.

“Empat wakaf akan dibina di sepanjang boardwalk selain menanam tanaman hiasan dan menaik taraf laluan pejalan kaki bersebelahan boardwalk,” katanya sempena perasmian Taman Burung Melaka di Taman Botanikal, kelmarin.

Katanya, taman burung adalah antara salah satu produk yang dibangunkan dalam fasa kedua pembangunan Taman Botanikal yang turut menaik taraf chalet, menara tinjau dan keseluruhan landskap.

 

 Gambar Projek Taman Burung Terbesar (Bird Park Melaka) Di Melaka….

 

 

Gambar Semasa Lawatan Datuk Ali Rustam Ke Tapak Projek Taman Burung Terbesar (Bird Park Melaka) Di Melaka…….
WebsiteYour comment

LEAVE A COMMENT