ANUGERAH HOMESTAY

Pilihan Terbaik Anda

Beca_melaka.jpg

Beca Melaka, Aktiviti Menarik di Melaka

Apa aktiviti menarik di Melaka?

Nak tahu tak? Meh saya cerita sikit.

 

Beca Melaka

Beca melaka
(Sumber: Google Image)

Jika anda ke bandar Melaka, tak sah jika tak cuba naik beca melaka.

Kenapa saya kata beca melaka ini best?

Ini kerana, hanya dengan menaiki beca melaka sahaja anda boleh dikira sudah melawati sebahagian daripada pusat pelancongan yang ada di dalam bandar melaka.

Beca melaka ini akan membawa anda menyusuri lorong-lorong kecil yang bersejarah dan menarik. Lebih-lebih lagi pada waktu malam, banyak lampu neon yang akan memeriahkan lagi suasana bandar. Tak rugi untuk cuba.

Harga? Bermula dari RM50 dan ke atas per beca. Tetapi, saya percaya setiap orang mempunyai kuasa nego yang mantap, bolehlah cuba sekarang hihi…

Jangan lupa bila datang Melaka, mesti cuba naik beca.
Bawa anak-anak merasa naik beca pada waktu malam, sejuk dan meriah sangat.

Cuba tau. Bye!

SS2023.