ANUGERAH HOMESTAY MELAKA

Pilihan Terbaik Anda

Taman Buaya Melaka

Taman Buaya Ayer Keroh Melaka kini berwajah Baru.

 

Taman ini adalah yang terbesar di Malaysia. Sejak pembukaannya pada tahun 1987, Taman Buaya telah mempelbagaikan koleksi spesis reptilia di sini.

Mempunyai keluasan 3.2 hektar, taman ini menjadi destinasi tarikan pelancong yang terkenal dan mempunyai lebih 200 ekor buaya dari pelbagai spesis antaranya ialah Buaya Siam, Buaya Kerdi Afrika, Indian Marsh/Mugger, Cayman dan American Alligator, Buaya Jejulung dan Buaya Tembaga.

 

Jika dari permulaan kewujudannya, sekarang ini taman Buaya berwajah baru sedikit..

Skrg Taman buaya mempunyai replika atau bangunan mini yang mashur di Malaysia ini.. seperti Bangunan Tugu Negara, Bangunan Putrajaya, Menara KLCC, Bangunan Parlimen,Tugu Kota A Famosa, Muzium Melaka dan sebagainya.. Bangunan mini akan anda lihat ketika mula-mula masuk ke Taman Buaya ini..Kalau anda pernah datang ke sini tp tak jumpa Bangunan Mini ni, maknanya dah lama lah tu tak dtg ke Taman Buaya ni.. sbb ni semuanya antara tarikan terbaru kat taman buaya ni..

 
 
 
 
 

Taman Buaya juga skrg mempunyai Taman Mini Air sekali. jika lepas puas berjalan di dalam, bolehlah bawa anak anda untuk mandi sekali di taman mini Air di dalam Taman Buaya ini..

 

Jangan risau.. pertama, anda bukan mandi dgn buaya, tp mandi dgn anak-anak anda..

kedua, harga tiket nak masuk Taman buaya tu dah termasuk dengan Taman Mini Air ni skali..


Juga terdapat JurasicPark

 

Waktu Lawatan: 9.00am – 6.00pm

 

Harga Tiket Taman Buaya:

Bayaran Masuk:
Dewasa – RM10.00
Kanak-kanak – RM6.00


 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Taman Buaya Melaka Sdn. Bhd.
Pusat Pelancongan Air Keroh
75450 Melaka
Tel: +606 232 2349

Taman Buaya Melaka
3 (59.69%) 127 votes
WebsiteYour comment

LEAVE A COMMENT