Zoo Melaka & Night Safari merupakan sebuah taman haiwan yang kedua terbesar di Malaysia di bawah pengurusan baru, Konsortium KKW Sdn Bhd. Perubahan ini menjadikan Zoo Melaka & Night Safari sebuah tempat pameran haiwan berkonsep terbuka,  mempertingkatkan program pendidikan hidupan liar, program pembiakan haiwan dan pemuliharaan serta menjadikannya sebagai salah sebuah tempat rekreasi untuk seisi keluarga. Pelawat bukan sahaja perlu berjalan kaki sepanjang laluan pameran haiwan ini, malah turut disediakan perkhidmatan keretapi bagi memudahkan pergerakan seisi keluarga semasa di dalam kawasan ini.

Zoo Melaka & Night Safari menyediakan pameran haiwan waktu malam (Night Safari) yang kini menjadi semakin popular dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memberi pelawat peluang yang unik dalam memerhatikan haiwan pada waktu malam.

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat   9.00 pg hingga 5.30 ptg

Sabtu & Ahad   9.00 pg hingga 6.00 ptg

(Jualan akhir tiket pada 5 ptg)

 

Night Safari

Jumaat & Sabtu, Cuti umum & Cuti persekolahan

8.00 mlm hingga 11.00 mlm

(Jualan akhir tiket pada 10.30 mlm)

 

Untuk keterangan lanjut:

Melaka Zoo & Night Safari

Jalan Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

1300 22 3000 / +606 232 4054

http://www.melakazoo.com/index.html

Location : Google Maps

Feel Free To Rate This Post