27 Homestay Murah Di Melaka | Homestay Bajet Bawah RM250 Semalam
Bandaraya yang unik di mana kemodenan dan dunia lama bersatu, Melaka ternyata merupakan sebuah destinasi yang wajib dilawati. Dengan masa silam yang penuh warna-warni, kesan peninggalan penjajahan dari Portugis, Belanda ke British terpancar dengan jelas di setiap pelusuk bandaraya bersejarah ini sehingga diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.
Selain menjejaki peninggalan silam di kota klasik ini, Melaka juga tidak ubah seperti Georgetown yang kaya dengan gerai-gerai makan yang menarik untuk memuaskan deria rasa anda sewaktu bercuti.
Kata-kata tidak cukup untuk menjelaskan keistimewaan negeri ini, mai singgah ke Melaka untuk menikmati sendiri tarikan-tarikan yang terdapat di Melaka ini. tapi sebelum itu. anda perlulah membuat memilih tempat penginapan terlebih dahulu.
Bagi anda yang ingin menikmati percutian di Melaka beramai-ramai, penginapan homestay adalah sebuah pilihan yang terbaik untuk keselesaan anda sepanjang percutian, tidak perlu lagi berebut katil dan juga ruang homestay yang luas untuk beraktiviti.
Untuk artikel kali ini kami menyenaraikan 27 homestay murah di Melaka, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel untuk membantu anda memilih homestay yang terbaik bersesuaian dengan keperluan percutian anda.
Kandungan
27. Homestay Kampung Pak Ali
Alangkah indahnya jika mendapat sebuah penginapan yang dapat mengembalikan nostalgia lama kehidupan di kampung, bagi anda yang lahir di bandar pula dapatlah merasakan pengalaman berkampung di Homestay Kampung Pak Ali.
Menawarkan beberapa buah rumah kampung tradisional untuk dipilih sebagai penginapan, Homestay Kampung Pak Ali turut dilengkapi dengan fasiliti moden untuk memberikan anda sekeluarga keselesaan yang optimum.
Antara keselesaan yang dapat anda nikmati di sini adalah penyejuk udara yang menyegarkan, kolam renang, tab mandian air panas dan juga televisyen. Memang terbaiklah!
Apa lagi yang menarik? Untuk pengetahuan anda, tidak jauh dari homestay ini iaitu dalam sekitar 5 km terdapat sebuah restoran terapung. Rugi kalau tak cuba!
Boleh Menampung: 2-4 Orang
Harga: Dari RM90+ Semalaman
Alamat: Batu 12, Lebuh AMJ, Simpang Tiang Dua – Paya Dalam, Kampung Bukit Durian, 75460 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 12.4 KM via Lebuh AMJ/Route 19 and Route 5 (19 Min)Selanjutnya Di Booking.com
26. Joyous Lodge
Joyous Lodge sememangnya dapat memberikan anda keseronokan, mana tidaknya, hanya dalam 5 minit berjalan kaki sahaja anda boleh sampai ke pusat membeli-belah dan tarikan menarik di Melaka.
Keseronokan menginap di sini bukan hanya kerana lokasinya yang strategik, tetapi juga kerana penginapan ini sendiri menawarkan bermacam fasiliti yang menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti. Antara kemudahan yang disediakan adalah pusat kecergasan, gelanggang tenis dan kolam renang.
Penginapannya pula lengkap dengan dapur, manakala untuk hiburan sewaktu bersantai anda boleh menggunakan Smart TV yang disediakan, memang cool!
Boleh Menampung: 5 Orang
Harga: Dari RM180+ Semalaman
Alamat: Mahkota Hotel Jasmine Wing 4, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (12 Min)Selanjutnya Di Booking.com
25. My Jonker Homes
Daripada namanya sahaja pasti anda dapat meneka di mana lokasinya yang tak lain tak bukan berdekatan dengan kawasan terkenal di Melaka ini, Jonker Walk yang hanya 500 meter berjalan kaki dari sini.
Menginap di My Jonker Homes pasti membuatkan jiwa anda riang ria secara tiba-tiba kerana keceriaan hiasan dalamannya yang penuh warna-warni. Barulah sesuai dengan mood percutiankan?
Bagi anda yang bercuti beramai-ramai, apartment My Jonker Homes ini agak luas dengan 3 buah bilik yang masing-masing lengkap dengan katil yang besar.
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM250+ Semalaman
Alamat: No.3, Jalan Kota Laksamana 1/2, Taman Kota Laksamana, Seksyen 1, 75200 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 10 Min Berjalan Kaki (800 Meter)Selanjutnya Di Booking.com
24. Triple Leaf Homestay
Sebuah penginapan yang menarik dengan pemandangan menyejukkan mata kolam renang, Triple Leaf Homestay pasti dapat memberikan anda sekeluarga sebuah pengalaman percutian yang indah.
Tidur malam anda di homestay ini juga lena dengan dinding yang kalis bunyi, anda sekeluarga mendapat privasi dengan bilik masing-masing seperti berada di rumah sendiri. Apartment 3 bilik ini lengkap dengan pendingin udara dan katil yang besar.
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM250+ Semalaman
Alamat: Lorong Kampung Sembilan Jalan Siantan Sek 2,7-12, 75200 Melaka, 75200 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 3.5 KM via Route 5 (11 Min)Selanjutnya Di Booking.com
23. Jetty Suites Apartment
Jetty Suites Apartment menawarkan apartment dengan 1, 2 dan 3 buah bilik, nak yang mana? Bukan sahaja faktor bilangan bilik yang boleh anda pilih, malahan juga pemandangan yang anda inginkan, bandar Melaka?
Pemandangan laut membiru? Kolam renang? Tepuk dada, tanya selera, apa-apapun, cepat-cepat booking ya, agak hot juga Jetty Suites Apartment ini dalam kalangan pelancong.
Selain pilihan apartment yang pelbagai, lokasinya juga sangat menarik bagi anda yang kaki shopping, ini kerana pusat membeli-belah yang meriah di Melaka seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall semuanya terletak kurang 500 meter dari homestay.
Boleh Menampung: 2-6 Orang
Harga: Dari RM240+ Semalaman
Alamat: Unit 3125, Costa Mahkota, No.16, Jalan Syed Abdul Aziz,, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (10 Min)Selanjutnya Di Booking.com
22. Sunflower Villas Melaka
Menawarkan penginapan dengan ruang yang luas, bagi anda yang berkeluarga besar Sunflower Villas Melaka memang sesuai untuk anda. Bukan sahaja bilik-biliknya luas malahan setiap bilik ini juga memiliki tandas masing-masing.
Selain itu, Sunflower Villas Melaka juga turut lengkap dengan kemudahan seperti microwave dan mesin basuh. Bukan itu sahaja, lokasi penginapan ini juga terletak berdekatan dengan kedai-kedai makan, kalau tiba-tiba perut anda berbunyi tak perlu pening kepala mencari kedai makan. Nak bercuti lama di Melaka? Homestay ini mesti dijadikan salah satu daripada pilihan anda.
Boleh Menampung: 4-8 Orang
Harga: Dari RM280+ Semalaman
Alamat: No 57, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, 75050 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 5.8 KM via Route 5 (14 Min)Selanjutnya Di Booking.com
21. Saffron Stay Melaka
Terletak tidak jauh dari Dataran Pahlawan Megamall dan Mahkota Parade yang hanya dalam 6 minit pemanduan dari homestay, Saffron Stay Melaka sememangnya terletak di dalam lokasi yang gempak di Melaka.
Selain pusat membeli-belah ini, dengan hanya berjalan kaki sahaja anda boleh sampai ke 7E dan Speedmart untuk membeli kudapan atau barangan keperluan yang lain. Lokasi yang best, bagaimana pula dengan penginapannya?
Melangkah masuk ke homestay dengan 3 bilik ini anda dapat merasakan atmosfera yang cukup menenangkan jiwa, dekorasi homestay ini sangat menyejukkan pandangan mata dengan lantai yang cerah dan perabot-perabot yang berwarna natural. Best Place for Tourist Homestay Melaka With Swimming Pool
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM188+ Semalaman
Alamat: Pangsapuri Hilir Kota 1, Jalan Melaka Raya 23, Off Jalan Merdeka, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4.4 KM via Jalan Munshi Abdullah dan Route 5 (13 Min)Selanjutnya Di Booking.com
20. Melaka2Stay @ Horizon
Sebuah penginapan dengan pemandangan kolam renang dan Pantai Klebang yang terbentang luas, Melaka2Stay @ Horizon adalah sebuah homestay yang dapat memberikan anda sekeluarga ketenangan minda sewaktu percutian.
Bukan sahaja memiliki pemandangan yang indah, malahan fasilitinya juga membuatkan ia sesuai untuk penginapan jangka masa panjang seperti WIFI yang power dan juga kemudahan mesin basuh. Kesemua ruang di dalam apartment 3 bilik dengan sebuah ruang tamu ini dilengkapi dengan penyejuk udara. Macam dekat New York sejuknya!
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM230+ Semalaman
Alamat: Selat Horizon Condo, Jalan Klebang Kechil Melaka, 75200 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 5.9 KM via Route 5 (15 Min)Selanjutnya Di Booking.com
19. Impian Homestay, Kg Lapan, Tengkera, Melaka
Impian Homestay adalah sebuah penginapan yang terletak di Kampung Lapan, lokasinya tidak begitu jauh dari Jonker Street, Plaza Hang Tuah, A Famosa dan banyak lagi tarikan lain yang kesemuanya kurang 3 km perjalanan. Dengan harga dari RM220 anda sekeluarga dapat menikmati sebuah penginapan yang cukup selesa dilengkapi dengan 3 buah katil besar yang empuk.
Selain itu, ia juga memiliki ruang dapur yang lengkap dengan ketuhar dan pemanas air. Penginapan yang selesa dan lengkap di dalam lokasi yang mantap. Dengan harga yang ditawarkan, tersangatlah berbaloi bukan?
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM220+ Semalaman
Alamat: No 6, Jalan Pokok Melaka 1, Taman Kesidang Seksyen 1, Kg Lapan, Tengkera, 75350 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4 KM via Jalan Kampung Lapan (11 Min)Selanjutnya Di Booking.com
18. Backyard Rio Melaka
Tercari-cari penginapan yang sempurna di dalam segala aspek, lokasi, pemandangan, dekorasi dalaman dan keselesaan yang tiada tolok bandingnya? Inilah antara penginapan yang tepat bagi anda.
Terletak kurang 1 km dari tarikan-tarikan menarik di Melaka dan bersebelahan dengan sungai, Backyard Rio Melaka sangat sesuai bagi anda yang ingin menerokai segala yang ditawarkan Melaka.
Keseronokan bercuti di Melaka bukan sahaja dapat dinikmati dengan berjalan-jalan di kawasan sekitar, kerana bersantai di homestay ini juga pasti membuatkan hati anda tidak henti-henti teruja dengan dekorasi dalamannya dan pemandangan yang ditawarkannya. Sekali menginap di sini, penginapan lain lenyap dari fikiran. Homestay ini adalah definisi sebuah kesempurnaan, tak percaya? Apa kata anda cuba dulu.
Boleh Menampung: 4-6 Orang
Harga: Dari RM188+ Semalaman
Alamat: 19A, Jalan Jawa, 75100, 75100 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 3 Min Berjalan Kaki (220 Meter)Selanjutnya Di Booking.com
17. Klebang Jaya Vacation House
Sebuah rumah percutian dengan 4 buah bilik, dapat memuatkan 8 orang dewasa, bagi anda yang datang ke Melaka dengan bilangan yang semeriah ini, rumah ini cukup selesa untuk penginapan beramai-ramai.
Setiap bilik yang lengkap dengan penyejuk udara ini dihias dengan minimal sehinggakan sebanyak manapun barangan yang anda bawa, tak akan sempit punyalah. Klebang Jaya Vacation House juga terletak tidak jauh dari banyak destinasi menarik di Melaka yang kebanyakannya kurang 5 km dari homestay.
Apa lagi nilai bonus yang anda dapat dengan menginap di sini? Ruang dapurnya cukup dengan pelbagai perkakasan, halaman rumah juga sangat luas untuk anda sekeluarga beraktiviti, nak berbbq? Main kejar-kejar? Jom booking Klebang Jaya Vacation House okay?
Boleh Menampung: 8 Orang
Harga: Dari RM270+ Semalaman
Alamat: Jalan Klebang Jaya 8 Taman Klebang Jaya No 5, 75200 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 5.8 KM via Route 5 (14 Min)Selanjutnya Di Booking.com
16. Comfy Hut Melaka Homestay
Terletak tidak jauh dari Selat Melaka, Comfy Hut Melaka Homestay adalah sebuah apartment dengan 3 buah bilik dan sebuah dapur yang lengkap. Lokasinya? Hanyalah dalam 13 minit berjalan kaki sahaja anda boleh sampai ke Jonker Street yang sangat meriah terutama pada waktu malam.
Dengan hanya RM250 semalaman anda sekeluarga dapat menikmati sebuah penginapan yang tip-top dari segi lokasi dan kelengkapan fasilitinya.
Boleh Menampung: 8 Orang
Harga: Dari RM250+ Semalaman
Alamat: A2-20 Pangsapuri Jayamuda Jalan Ong Kim Wee, 75300 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 1.9 KM via Jalan Kubu & Route 5 (8 Min+-)Selanjutnya Di Booking.com
15. Emerald Melaka Stay
Dengan warna yang ceria dan menyejukkan mata, Emerald Melaka Stay memiliki aura yang sesuai dengan jiwa ‘Cuti-cuti Malaysia’ anda sekeluarga. Sebuah apartment yang lengkap dengan 2 buah bilik tidur yang disegarkan dengan pendingin hawa, ia juga memiliki ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Tak cukup dengan itu, kalau sudah penat bersiar-siar di Melaka ini, anda boleh terjun sahaja ke kolam renang luas yang terdapat di homestay ini. Mana nak cari hotel yang semurah dan selengkap ini? Lokasinya juga tidak menghampakan, dekat dengan banyak gerai-gerai makan dan destinasi menarik di Melaka. Menarik bukan?
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM200+ Semalaman
Alamat: Emerald Tower, Garden City Straits Condominium, Taman Merdeka, 75000 Melaka,
Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/ Route 5 & Jalan Munshi Abdullah (13 Min)Selanjutnya Di Booking.com
14. Femosa Homestay Melaka
Menampilkan dekorasi dalaman yang simple tapi tetap menyerlah dengan gayanya yang tersendiri, Femosa Homestay Melaka pasti memuaskan hati anda sekeluarga. Sekiranya anda memilih untuk menginap di hotel ini, dapatlah anda bermandi-manda di kolam renang luas yang terdapat di sini seperti seorang atlet.
Dah puas berenang, anda sekeluarga boleh menghiburkan diri dengan akses internet percuma yang disediakan pihak homestay. Teringin masakan yang fresh hasil air tangan anda sendiri? Gunakan sahaja segala kemudahan yang disediakan di ruang dapurnya, semuanya ada. Rumah dengan keselesaan seperti di hotel, memang superb.
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM260+ Semalaman
Alamat: Jalan Melaka Raya 23 Block N G-7, Pangsapuri Hilir Kota 1, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/Route 5, Jalan Munshi Abdullah and Route 5 (13 Min)Selanjutnya Di Booking.com
13. Cosy Stay Melaka
Melihat daripada keadaan luar bangunan apartment ini yang terletak di Champor Tower, pasti anda tertanya-tanya betul ke lokasinya di sini. Jangan terkejut, seperti mana yang anda lihat di dalam gambar, seperti itulah keadaan dekorasi dalamannya.
Memiliki sentuhan dalaman yang minimal dengan warna putih menguasai sebahagian besar ruang homestay, warna yang digunakan menampakkan ruang kelihatan lebih luas, susun atur apartment ini juga kemas dan sedap dilihat. Best Place for Tourist Homestay Melaka With Swimming Pool.
Sebuah penginapan yang sangat selesa untuk anda sekeluarga bersantai-santai mengisi tenaga sebelum memulakan langkah ke segenap pelusuk Melaka. Apartment dengan 3 buah bilik ini juga menawarkan pemandangan kawasan taman yang indah, kata orang ‘Don’t judge the book by its cover’ memang cocok dengan situasi penginapan di Cosy Stay Melaka ini.
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM168+ Semalaman
Alamat: Champor Tower, Garden City, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/Route 5 and Jalan Munshi Abdullah (12 Min)Selanjutnya Di Booking.com
12. Lovage Stay Melaka
Terletak hanya 400 meter dari Dataran Portugis, Lovage Stay Melaka merupakan sebuah penginapan dengan hiasan dalaman berwarna putih di dalam sebahagian besar ruangannya, menyerlahkan kebersihan homestay ini yang berada di tahap yang sangat memuaskan hati.
Sebuah apartment dengan 3 buah bilik, apartment ini turut memiliki ruang balkoni dengan pemandangan kawasan taman untuk anda menenangkan fikiran dan menghirup udara segar. Selain memiliki fasiliti apartment yang lengkap, kemudahan lain yang boleh anda nikmati di sini adalah taman permainan kanak-kanak dan kolam renang.
Boleh Menampung: 6 Orang
Harga: Dari RM188+ Semalaman
Alamat: Emerald Tower, Garden City Straits Condominium, Jalan Melor, Bandar Hilir, Off Jalan Melaka Raya, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/Route 5 and Jalan Munshi Abdullah (12 Min)Selanjutnya Di Booking.com
11. Malacca Hotel Apartment
Malacca Hotel Apartment menawarkan 3 jenis penginapan yang berbeza iaitu apartment dengan 3 buah bilik, apartment dengan 2 buah bilik dan juga sebuah bilik dengan 2 buah katil besar, yang mana satukah yang sesuai dengan kontinjen yang anda bawa bercuti di Melaka?
Tak kisahlah yang mana satupun pilihan anda, yang pasti anda dapat menikmati kemudahan yang disediakan Malacca Hotel Apartment untuk memaksimakan keseronokan percutian anda di Melaka ini iaitu kolam renang yang luas untuk anda bermandi-manda bersama keluarga.
Boleh Menampung: 4-6 Orang
Harga: Dari RM290+ Semalaman
Alamat: 11-7 Emerald Tower Garden City Straits Condominium, Jalan Melor, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/ Route 5 & Jalan Munshi Abdullah (13 Min)Selanjutnya Di Booking.com
10. Silverscape Melaka B2906
Betulkah hanya RM168 untuk menginap di Silverscape Melaka B2906 ini? Kalau anda tahu apa yang dapat anda nikmati di sini, pasti anda tak akan pandang lagi hotel-hotel 5 bintang yang wujud di Melaka ini.
Dengan harga yang cukup murah, anda bukan sahaja mendapat sebuah penginapan yang selesa dengan sebuah bilik tidur dan ruang dapur yang lengkap malahan anda juga dapat menikmati mandian yang melegakan badan di kolam renang dengan pemandangan bandaraya Melaka, bayangkan sahaja pemandangan dari kolam ini pada waktu malam dengan cahaya bandar yang bergemerlapan.
Selain kolam renang infiniti, anda juga dapat menggunakan kemudahan pusat kecergasan dengan pemandangan pokok-pokok hijau.
Boleh Menampung: 4 Orang
Harga: Dari RM168+ Semalaman
Alamat: Jalan Melaka Raya 23 Silverscape Luxury Residences, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 5.3 KM via Route 5 (14 Min)Selanjutnya Di Booking.com
9. Eden Garden Guest House Melaka
Menginap di Eden Garden Guest House Melaka membuatkan anda terasa seperti berada di dalam filem, dengan dekorasinya yang moden menggabungkan warna-warna natural, homestay ini kelihatan cukup ekslusif.
Tidak cukup dengan ruangan dalamannya yang membantu jiwa anda untuk relaks, anda juga boleh menuju ke ruang balkoni homestay yang menghidangkan pemandangan mendamaikan jiwa air laut yang tenang.
Boleh Menampung: 4-6 Orang
Harga: Dari RM232+ Semalaman
Alamat: Jalan Melaka Raya 23 Silverscape Luxury Residences – A2812, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 5.3 KM via Route 5 (14 Min)Selanjutnya Di Booking.com
8. Melaka Homestay – Next to Hatten (Element) Shopping Mall
Melaka Homestay adalah sebuah apartment dengan 2 buah bilik tidur, sebuah dapur yang lengkap dan ruang tamu yang selesa untuk anda sekeluarga bersantai sambil menonton rancangan kegemaran. Keselesaan homestay ini membuatkan anda terlupa bahawa ini hanyalah rumah tumpangan, macam di rumah sendiri pula rasanya.
Lokasi Melaka Homestay ini juga strategik, bagi anda yang kaki kopi, Starbucks terletak hanya 2 km dari penginapan anda, dah minum kopi, barulah bertenaga nak bergambar di setiap sudut bandaraya bersejarah ini, ya tak?
Boleh Menampung: 5 Orang
Harga: Dari RM165+ Semalaman
Alamat: B13-04 Casa Lago Condo, Jln Melaka Raya 8, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 5.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (15 Min)Selanjutnya Di Booking.com
7. Mahkota Private Apartment
Terletak hanya 500 meter dari Dataran Portugis, Mahkota Private Apartment adalah sebuah homestay jenis apartment dengan 2 buah bilik tidur dan sebuah dapur yang lengkap.
Dengan harga yang bermula dari RM210 anda sekeluarga juga dapat menggunakan kemudahan lain yang disediakan di sini seperti kolam renang yang luas, taman permainan kanak-kanak, gym, gelanggang ping-pong, gelanggang tenis, squash dan tempat bermain golf mini. Bermacam aktiviti yang boleh anda sekeluarga rancangkan sekiranya menginap di sini.
Boleh Menampung: 4 Orang
Harga: Dari RM210+ Semalaman
Alamat: No 16 Jln Syed Abd Aziz 2058, Wing 2, Level 5, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (11 Min)Selanjutnya Di Booking.com
6. Homestay Malacca
Homestay Malacca adalah sebuah penginapan jenis apartment dengan 3 buah bilik tidur, sebuah ruang tamu dan dapur. Setiap bilik di homestay ini lengkap dengan penyejuk udara termasuklah di ruang tamunya.
Terasa seperti menginap di hotel, namun dengan harga yang bermula dari RM198 anda mendapat 3 buah bilik tidur yang luas, cukup sesuai untuk anda yang memiliki bilangan ahli keluarga yang ramai. Kemudahan lain yang disediakan homestay murah ini adalah dapur yang lengkap dan juga sebuah ruang balkoni untuk anda menghirup udara segar.
Boleh Menampung: 7 Orang
Harga: Dari RM198+ Semalaman
Alamat: 3-11, Block Dahlia 3, Jalan Zahir 6, Malim Jaya, Melaka., 75250 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 7.5 KM via Lebuh AMJ/Route 19 (20 Min)Selanjutnya Di Booking.com
5. Hotel Mahkota @ Happy Apartment Melaka
Berlokasi strategik, Hotel Mahkota @ Happy Apartment Melaka terletak tidak jauh dari Jonker Street dan pusat membeli-belah Mahkota Parade. Kalau sudah datang dari jauh untuk ke Melaka, sudah pasti lokasi penginapan menjadi faktor penting bukan?
Apartment ini menawarkan 2 buah bilik tidur, sebuah ruang dapur, ruang tamu dan juga ruang balkoni untuk anda bersantai sambil menikmati pemandangan yang terbentang luas. Fasiliti lain yang disediakan homestay ini adalah gym, gelanggang ping-pong dan fasiliti karaoke untuk anda melepaskan suara merdu anda.
Boleh Menampung: 4 Orang
Harga: Dari RM225+ Semalaman
Alamat: 16, Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Syed Abdul Aziz (11 Min)Selanjutnya Di Booking.com
4. Garden City Emerald Apartment
Memiliki rekaan dalaman yang elegan dan minimal, Garden City Emerald Apartment cukup sesuai bagi anda yang bercitarasa mewah dan inginkan keselesaan seperti di rumah.
Antara kemudahan yang tersedia di apartment 2 bilik ini adalah penyejuk udara di setiap ruang, peti ais dan mesin basuh. Dari apartment ini juga anda dapat menikmati pemandangan kolam renang.
Boleh Menampung: 4 Orang
Harga: Dari RM250+ Semalaman
Alamat: G8, Ground floor Emerald Tower Garden City Condomimium, 75000 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 4.1 KM via Jalan Laksamana Cheng Ho/Route 5 and Jalan Munshi Abdullah (12 Min)Selanjutnya Di Booking.com
3. Stay99 House
Menggunakan warna-warna monokrom untuk dekorasi dalamannya, Stay99 House memiliki atmosfera ekslusif dan urban. Rumah dengan 3 buah bilik tidur ini dapat menampung 9 orang dewasa, sebuah rumah yang cukup luas untuk anda berkumpul beramai-ramai.
Setiap bilik dan ruang tamu homestay ini juga dilengkapi dengan penyejuk udara yang sangat menyegarkan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan BBQ yang disediakan pihak homestay. WIFI? Kelajuannya memang mantaplah! Jika anda seorang yang perfectionist, Stay99 House pasti menjadi kegemaran anda.
Boleh Menampung: 9 Orang
Harga: Dari RM210+ Semalaman
Alamat: No 31, Jalan GP 11, Taman Gadong Perdana, 75200 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 9.6 KM via M7 and Route 5 (21 Min)Selanjutnya Di Booking.com
2. Ar-Rayyan SemiD Homestay Melaka
Sebuah rumah satu tingkat, Ar-Rayyan SemiD Homestay Melaka menyediakan 3 buah bilik tidur dengan sebuah ruang dapur yang lengkap beserta dengan kemudahan mesin basuh.
Jika anda ingin menginap untuk jangka masa panjang di Melaka, Ar-Rayyan SemiD Homestay Melaka agak sesuai untuk dijadikan pilihan, memandangkan harganya yang juga berpatutan. Terletak tidak jauh dari homestay ini adalah Jusco dan Mydin yang kurang 5 km dari homestay untuk anda membeli barangan keperluan sepanjang penginapan.
Boleh Menampung: 9 Orang
Harga: Dari RM191+ Semalaman
Alamat: No 3, Jalan Delima 29/1 Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang, 75450 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 7.6 KM via M1 (20 Min)Selanjutnya Di Booking.com
1. Homestay Melaka Urich
Inginkan sebuah penginapan di dalam kawasan yang tenang? Homestay Melaka Urich adalah sebuah penginapan yang tepat. Homestay Melaka Urich adalah sebuah rumah dengan 4 buah bilik tidur yang masing-masing lengkap dengan sebuah katil yang besar dapat memuatkan 8 orang dewasa.
Nak bercuti bersama keluarga yang besar atau geng-geng sekepala seramai ini, Homestay Melaka Urich adalah salah satu pilihan penginapan yang ideal. Selain itu, homestay ini juga menyediakan fasiliti BBQ yang lengkap, barulah terasa macam percutian sebenar!
Boleh Menampung: 8 Orang
Harga: Dari RM210+ Semalaman
Alamat: Jalan SD2/2F No 6 , Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka
Jarak Ke Pusat Bandar: 9.1 KM via Route 5 (21 Min)Selanjutnya Di Booking.com
Berpinar mata anda melihat pilihan homestay murah di Melaka yang kami senaraikan ini? Jangan pitam lagi sebelum membaca artikel-artikel kami yang lain berkaitan penginapan-penginapan menarik yang terdapat di negeri Baba Nyonya ini.
Antaranya adalah artikel berkaitan Hotel Murah di Melaka jika anda bercuti dalam bilangan keluarga yang kecil dan inginkan penjimatan yang hebat, Hotel Menarik di Melaka sekiranya anda ingin merasai pengalaman penginapan di hotel-hotel yang memiliki karakter tersendiri.
Selain itu anda juga boleh lihat artikel berkaitan 12 Resort Menarik di Melaka untuk penginapan yang lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik untuk anda sekeluarga nikmati.
Fuhh! Sungguh banyak pilihan penginapan yang ditawarkan Melaka ini. Jangan ingat pilihan penginapan anda terhenti di sini sahaja, kerana sebenarnya banyak lagi hotel, homestay dan resort yang menarik di Melaka dengan harga yang murah yang boleh anda temui di lubuk penginapan booking.com.
Apa lagi yang difikirkan tu? Bawa keluarga anda ke Melaka untuk musim cuti yang akan datang, banyak destinasi menarik yang memanggil-manggil untuk anda lawati. Semoga anda sekeluarga dapat menikmati pengalaman penginapan yang terbaik di Melaka nanti!4.1 / 5 ( 14 votes )
LEAVE A COMMENT